Kita selalunya fikir bahawa menyimpan makanan dan buah-buahan di dalam peti sejuk untuk dimakan pada masa akan datang adalah tidak mendatangkan bahaya tetapi berhati-hati tentang bagaimana anda menyimpan makanan kerana ia boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Lelaki yang berusia 70 tahun tinggal di bandar Xiangxiang, Hunan, China makan buah tembikai yang disimpan di dalam peti sejuk semalaman telah menyebabkan dia perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bahagian-bahagian usus kecilnya. Menurut Apple Daily, lelaki itu, yang dikenali sebagai Zhang, berkata bahawa dia telah memakan tembikai tersebut pada petang 25 Julai.

Dua jam selepas dia selesai makan tembakai tersebut, dia mula mengalami kesakitan perut dan keesokan harinya, dia tidak tahan lagi dan terpaksa pergi ke hospital. Zhang dirujuk ke Hospital Changsha untuk rawatan lanjut.


Selepas memeriksa lelaki itu, doktor mengesyaki bahawa ususnya mempunyai halangan atau sudah rosak. Untuk menyakinkan lagi, mereka melakukan laparotomi ke atasnya untuk mendiagnosis keadaannya dan mendapati bahawa dia telah menghidapi enterocolitis necrotising yang merupakan keadaan perubatan di mana sebahagian daripada usus ‘mati’.