Negara kehilangan satu lagi bintang seni iaitu Kak Nurin Misha atau nama sebenarnya Nur Amisah Abdullah pada awal pagi tadi akibat sesak nafas.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 52 tahun dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bangko, Jalan Kuching.
Allahyarham yang baharu sahaja muncul dalam drama ‘Arafah’ yang disiarkan di TV3 meninggalkan seorang suami dan lima orang cahaya mata.
Bukan industri seni tanah air sahaja yang merasai kehilangan bintang seni yang begitu berbakat, malah seluruh negara juga turut bersedih dengan berita pemergian ini.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Al-Fatihah.