SHAH ALAM– Bagi pasangan muda warga Malaysia berusia di bawah 35 tahun yang dilahirkan di Selangor atau telah bermastautin di Selangor selama lebih 10 tahun, dan akan berkahwin dalam masa terdekat, insentif perkahwinan sebanyak RM1,000 akan diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Insentif perkahwinan sebanyak RM500.00 seorang akan diberikan menerusi Program Insentif Perkahwinan Belia yang dikelolakan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Pasangan pengantin baru akan mendapat RM1,000 sebaik sahaja perkahwinan mereka didaftarkan.
Pasangan muda yang ingin mendapatkan insentif perkahwinan ini perlu membuat permohonan menerusi Pusat Khidmat DUN di daerah penempatan masing-masing atau secara dalam talian, dalam masa setahun sebelum tarikh perkahwinan.
Pemohon yang layak perlu mematuhi syarat dan terma ditetapkan seperti di bawah :
1. Warganegara Malaysia
2. Dilahirkan di negeri Selangor
3. Sekiranya tidak dilahirkan di Selangor, pemohon mesti memiliki alamat tetap di Selangor di dalam kad pengenalan atau telah bermastautin di Selangor selama lebih 10 tahun (dengan pengesahan pegawai yang berkaitan)
4. Pemohon mesti berusia di bawah 35 tahun pada masa permohonan dibuat.
5. Perkahwinan pada kali pertama sahaja
6. Permohonan terbuka dalam tempoh 12 bulan dari tarikh nikah atau perkahwinan
7. Tarikh tutup permohonan sebelum genap 12 bulan dari tarikh nikah atau perkahwinan 
8. Tempoh 12 bulan hanya layak kepada pemohon yang berkahwin bermula 1 Januari 2017.
Sebelum ini, pemohon diberikan tempoh selama 6 bulan untuk memohon dan pasangan belia yang layak diberikan insentif  perkahwinan sebanyak RM200 bermula 2013, dan jumlah insentif perkahwinan telah dinaikkan kepada RM500 bermula 1 Januari 2014. Bermula 1 Januari 2017, tempoh membuat permohonan telah dilanjutkan kepada 12 bulan.
Pemohon yang layak hanya perlu mengesahkan diri dengan membawa kad pengenalan, sijil nikah atau sijil pendaftaran perkahwinan dan dokumen pengesahan alamat tetap bagi yang bermastautin di Selangor, serta melengkapkan borang permohonan dengan syarat yang ditetapkan.
Bagi permohonan yang telah diluluskan, pasangan akan diberikan Sijil Simpanan Premium yang bernilai RM500 seorang dari Bank Simpanan Nasional yang boleh dijual kembali kepada bank sebagai tukaran dengan wang tunai dalam tempoh masa 45 hari, sekiranya mereka ingin berbuat begitu. Pasangan boleh terus menyimpan Sijil Simpanan Premium yang akan memberi lebih banyak faedah pada masa hadapan.

ini terbuka kepada semua pasangan belia di bawah usia 35 tahun tanpa mengira bangsa dan agama, dengan syarat mereka dilahirkan di negeri Selangor atau telah menetap dan bermastautin di Selangor selama tempoh lebih dari 10 tahun.